fbpx

[VIDEO] Bengkel motosikal di Jalan Gombak marak terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kebakaran sebuah bengkel di Kampung Tengah Batu 6 Jalan Gombak yang dilaporkan terjadi kira-kira pukul 2 petang tadi.

GOMBAK – Sebuah bengkel motosikal di Jalan Tengah 2, Kampung Tengah, Batu 6, Jalan Gombak, di sini dilaporkan terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.19 tengah hari.

Seramai 19 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Selayang dan Rawang serta tiga jentera digerakkan ke lokasi kebakaran.

“Setibanya di lokasi, terdapat sebuah bengkel motosikal satu tingkat berkeluasan hampir 92 meter persegi terbakar kira-kira 80 peratus.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular video yang dimuat naik Asal Gombak di Facebook, memaparkan kejadian api yang sedang marak membakar sebuah bengkel motosikal.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati pemilik bengkel dipercayai tiada di lokasi kerana keluar membeli barang. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Asal Gombak (@asalgombak)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI