fbpx

Lelaki serah mas kahwin seluruh harta kepada isteri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidayat mengahwini Sukatin di Magetan pada Jumaat minggu lalu. – Istimewa

JAKARTA –  Seorang ketua kampung di Magetan, wilayah Jawa Timur mengundang perhatian pengguna media sosial kerana menyerahkan mas kahwin berupa seluruh harta miliknya kepada isteri baharu, lapor laman berita Detik hari ini.

Nur Hidayat, 58, yang merupakan seorang duda, mengahwini janda bernama Sukatin, 45.

Bapa dua anak itu berkata, semua hartanya itu merangkumi rumah, tanah sawah dan kenderaan.

Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung Jumaat minggu lalu dengan mas kahwin yang diserahkan kepada Sukatin mendapat persetujuan dua anak Hidayat.

“Benar, saya menyerahkan seluruh harta benda kepada isteri sebagai mas kahwin. 

“Kedua-dua anak saya mengizinkan saya untuk menyerahkan mas kahwin tersebut,” katanya yang turut mempunyai dua orang  cucu.

Tambah Hidayat, harta yang dimilikinya selepas berkahwin dengan arwah isteri pertamanya berjumlah lebih  3 bilion rupiah (RM902,569). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI