fbpx

Lelaki maut kereta terbabas dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit dalam kejadian di kilometer 22 Jalan Keningau-Tambunan semalam tadi. -Foto PDRM

KENINGAU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit dalam kejadian di kilometer 22 Jalan Keningau-Tambunan semalam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 9 malam itu, Jupilin P Anggor, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu kereta Perodua Viva dari arah Tambunan menuju ke Keningau sebelum dipercayai hilang kawalan dan terus terbabas ke kanan jalan sebaik tiba di lokasi kejadian.

“Susulan kejadian itu, kereta dipandu mangsa terbabas dan masuk ke dalam parit sekitar lima meter.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah dibahagian kepala,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Yampil memaklumkan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI