fbpx

Hakim Sesyen tersalah arah sabitkan Siti Bainun – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Bainun diiringi pegawai Penjara bagi pendengaran rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. M. FIRADUS M. JOHARI/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menghujahkan Hakim Mahkamah Sesyen telah tersalah arah dalam mensabitkan kesalahan itu terhadap anak guamnya atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella.

Semasa berhujah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, peguam Haijan Omar berkata, ini kerana pertuduhan baharu iaitu pertuduhan kedua (menganiaya) tidak dibaca termasuk tidak diambil pengakuan selepas pertuduhan itu dipinda.

Bukan itu sahaja, Siti Bainun selaku perayu juga tidak diwakili peguam menyebabkan haknya telah diprejudiskan.

“Siti Bainun telah meminta penangguhan prosiding kerana dia tidak diwakili peguam, namun permohonan itu ditolak malah disuruh membela diri dengan membaca pernyataan saksi selain kenyataan saksi itu dibantah (dibuang) oleh responden,” katanya.

Sementara itu, pendakwaan selaku responden dalam hujahannya berkata, persoalan tidak memanggil dua bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Aida dan Balqis di mahkamah sebagai saksi pendakwaan, Timbalan Pendakwa Analia Kamaruddin memaklumkan keterangan mereka sudah memadai ketika disoal siasat.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noorin Badaruddin kemudian menetapkan 24 April ini bagi keputusan sabitan terhadap Siti Bainun.

Pada 3 Mei tahun lalu Siti Bainun, 32, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella yang disabitkan ke atasnya.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Siti Bainun didakwa mengabai dan menganiaya mangsa yang berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan remaja itu cedera fizikal serta emosi di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada Februari hingga Jun 2021.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI