fbpx

Dewan Rakyat: Aduan isu bekalan, harga barang meningkat 2 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan jumlah aduan pengguna berhubung isu bekalan dan harga barang tahun lalu meningkat kira-kira dua kali ganda berbanding tahun 2022.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, peningkatan tersebut disebabkan pelbagai usaha dan advokasi Kerajaan Perpaduan untuk meremajakan sistem aduan pengguna dan membuatkan cara aduan lebih mesra pelanggan.

“Tiga tahun kebelakangan ini kita lihat berlaku kenaikan jumlah aduan pengguna yang ketara dan kemuncaknya pada tahun 2023 dengan jumlah aduan sebanyak 43,347 berbanding 29265 pada tahun sebelumnya.

“Ini kerana sejak Kerajaan Perpaduan mengambil alih petadbiran (negara), kita melakukan pelbagai usaha dan adokvasi untuk meremajakan sistem aduan.

“Jadi kita lihat kira-kira dua kali ganda jumlah aduan (meningkat) kerana pengguna berasakan lebih mudah untuk membuat aduan antaranya melalui QR Code,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (BN-Tampin) berhubung statistik penglibatan orang ramai di platform aduan yang telah disediakan berhubung isu bekalan dan harga barangan asas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI