fbpx
Di dalam ladang kelapa sawit di Pantai Remis, Manjung inilah pasangan suami isteri dibunuh kejam dengan kesan tetakan pada muka petang kelmarin.

Bunuh abang lepas 20 tahun gaduh berebut harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANJUNG – Perselisihan faham antara seorang pekebun dengan abang kandungnya berhubung harta pusaka berupa kebun sawit sejak 20 tahun lalu sampai ke kemuncaknya apabila seorang daripada mereka mati dibunuh kelmarin.

Selain abangnya, suspek yang merupakan anak bongsu daripada 11 adik-beradik disyaki turut membunuh kakak iparnya dengan sabit pengait kelapa sawit.

Mayat pasangan suami isteri berusia 74 tahun itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam ladang kelapa sawit di Pantai Remis di sini.

Seorang kenalan keluarga dikenali sebagai Li berkata, suspek berusia 61 tahun yang tinggal berhampiran ladang kelapa sawit pergi ke lokasi berkenaan pada hari kejadian untuk berbincang mengenai harta pusaka.

Walau bagaimanapun, perbincangan antara dua beradik itu bertukar menjadi perang mulut sebelum suspek bertindak di luar kawalan mengambil sabit kelapa sawit dan melibas ke arah abang dan kakak iparnya.

“Sudah menjadi rutin hampir setiap hari pasangan suami isteri tersebut akan ke ladang sawit berkenaan.

“Jadi apabila suspek mendapat tahu abangnya berada di ladang tersebut, dia kemudian pergi ke sana untuk berbincang tentang harta pusaka,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Selepas melihat abang dan kakak iparnya berlumuran darah, suspek tidak beredar dari lokasi tersebut, sebaliknya meng­hubungi ahli keluarganya bagi memaklumkan mengenai keja­dian berdarah tersebut.

Difahamkan, pasangan suami isteri warga emas itu mempunyai lima anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.

Mayat mereka dijumpai pihak polis pada pukul 3.30 petang di ladang sawit tersebut.

Kedua-dua mangsa yang ce­dera parah di badan dan muka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu, sumber memberitahu, terdapat beberapa kesan tetakan pada tubuh kedua-dua si mati dipercayai akibat libasan sabit.

Selain itu, terdapat juga kesan tetakan pada muka kedua-dua mangsa tersebut dipercayai menggunakan senjata sama.

Susulan kejadian itu, polis memberkas suspek bagi membantu siasatan.

Siasatan lanjut di lokasi kejadian, polis menemukan sabit pengait kelapa sawit dengan kesan darah pada motosikal di ladang tersebut.

Hasil soal siasat, punca pergaduhan antara dua beradik lelaki itu adalah disebabkan pere­butan tanah pusaka milik kakak mereka seluas 1.5 ekar.

Difahamkan, suspek mahu menjual kebun tersebut, namun dihalang oleh si mati yang juga abang kandungnya.

Mayat pasangan suami isteri tersebut dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk dibedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN