fbpx

Suhu cecah 37 darjah Celsius di Kedah, Perak sehingga Jumaat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh ATIQ MAISARAH

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di utara Semenanjung dijangka menghadapi cuaca panas mencecah 37 darjah Celsius yang berterusan selama tiga hari bermula 6 Mac yang disebabkan ketiadaan taburan hujan sepanjang tempoh tersebut.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memberitahu, negeri-negeri terlibat dengan gelombang panas tersebut ialah Perlis, Kedah, Perak dan negeri-negeri Pantai Timur.

“Cuaca panas berterusan sehingga mencecah 37 darjah Celsius bakal melanda kawasan Utara Semenanjung dan penduduk dinasihatkan supaya banyakkan minum air dan kekal berada di dalam rumah” ujarnya.

Menurut kenyataan itu lagi, amaran ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur, Melaka dan Johor serta di beberapa kawasan Sabah dan Sarawak sepanjang tiga hari tersebut.

Jelasnya, turut terkesan dengan amaran ribut petir itu di beberapa kawasan di Perak, Kedah dan Pulau Pinang.”

“Selain itu di Sarawak, turut sama terkesan dengan cuaca ribut petir di satu dua tempat di daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

“Manakala di Sabah pula turut terkesan ialah daerah Tawau, Sandakan, Kudat, Pedalaman dan Pantai Barat,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI