fbpx

Laporan audit catat kerugian Felda RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penyata kewangan Agensi Persekutuan 2022 menunjukkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengalami kerugian bersih berjumlah RM1.005 bilion.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) itu, baki geran kerajaan setakat 31 Disember 2022 pula adalah berjumlah RM0.808 bilion.

“Pada 2022, Felda menerima geran berjumlah RM0.214 bilion (2021: RM0.342 bilion). Geran kerajaan menurun RM0.128 bilion (37.4 peratus) disebabkan pengurangan peruntukan yang daripada Kementerian Kewangan tahun semasa.

“Pengurangan itu menjejaskan kelangsungan operasi kerana Felda banyak bergantung kepada bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan,” menurut laporan berkenaan.

Pinjaman Felda diperoleh daripada institusi kewangan berjumlah RM7.973 bilion dan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM0.686 bilion.

Jumlah pinjaman itu menunjukkan Felda mempunyai komitmen tinggi untuk melunaskan pembiayaan yang diterima sehingga tempoh matang.

Selain itu, Felda juga mempunyai komitmen bayaran balik Kemudahan Pembiayaan Tawarruq kepada sebuah syarikat di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) berjumlah RM50 juta setahun bagi tempoh lima tahun pertama mulai tahun 2024.

“Baki bayaran balik berjumlah RM2.595 bilion perlu dibuat mengikut jadual dalam tempoh 15 tahun mulai 2029.

“Kegagalan memenuhi bayaran permulaan pada tahun 2024 akan mengakibatkan pembatalan dan penamatan pelan penstrukturan kemudahan yang telah diluluskan tersebut,” jelas laporan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI