fbpx

Kempen sertai perkhidmatan awam perlu perluas kepada semua kaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Akmal

PETALING JAYA – Kempen menggalakkan masyarakat menyertai perkhidmatan awam tidak seharusnya ditumpukan kepada kaum Cina sahaja, malah perlu diperluaskan kepada semua kaum di negara ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh berkata, antara bidang yang perlu fokus adalah ketenteraan kerana ia dilihat kurang penyertaan dalam kalangan bukan bumiputera.

Muhamad Akmal berkata demikian bagi menggulas mengenai cadangan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai yang mahu melaksanakan kempen menggalakkan lebih ramai kaum Cina menyertai perkhidmatan awam.

Kempen itu dijadualkan bakal diadakan di seluruh negara bermula di Melaka berikutan jumlah kaum Cina yang berminat untuk menjadi penjawat awam agak rendah.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau turut meminta kerajaan menghalang mana-mana syarikat swasta di negara ini melakukan syarat pengambilan pekerja berdasarkan kaum sendiri sahaja atau keperluan berbahasa selain penggunaan bahasa Melayu.

“Mungkin sudah tiba masanya untuk sistem pendidikan satu aliran juga mesti dilaksanakan, katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI