fbpx

[VIDEO] Pengantin berarak bersama 3 kucing kesayangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang tular di media sosial memaparkan tiga ekor kucing berarak masuk bersama tuannya.

PETALING JAYA – Sepasang pengantin mencuri tumpuan orang ramai apabila berarak masuk bersama tiga ekor kucing kesayangannya dalam satu majlis perkahwinan yang diadakan baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik @aliesyanasir di akaun TikToknya, kelihatan kucing-kucing tersebut berarak masuk sambil didukung oleh beberapa ahli keluarga.

Lebih menarik lagi, kucing-kucing tersebut dipakaikan baju tradisional hitam keemasan, gaun merah jambu serta kostum berwarna merah putih.

Difahamkan pasangan pengantin itu sememangnya merupakan pencinta kucing dan sudah merancang untuk sama-sama berarak masuk bersama haiwan peliharaannya.

Sehingga kini video tersebut mendapat lebih 1.3 juta tontonan, 160,800 tanda suka dan 10,200 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati, ramai yang terhibur melihat gelagat kucing-kucing berkenaan yang menuruti kemahuan tuannya disamping mengenakan kostum comel.

“Comel sangat! Mana boleh kucing-kucing ni tenggelamkan pengantin. Terus dah tak nampak mana pengantin!,” komen Dytiana.

“Yang pakai baju songket tu Puteri Gunung Ledang ke? Haha yang pakai baju pink tu sampai kecut kuncup mukanya,” komen Dais.

“Muka kucing-kucing tu macam tak rela pun ada. Macam kena paksa ikut mak pak dia bersanding,” komen Mira pula. – KOSMO! ONLINE

@aliesyanasir Bila Pencinta Kucing kawen😉 #cat #catlover #viral #fyp #pencintakucing #kucing #cats #catwalk ♬ original sound – Aliesya Nasir

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI