fbpx

Shahid Kapoor tak guna kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHID KAPOOR

AKTOR Shahid Kapoor secara terbuka menegur kelompok penggiat seni Bollywood yang mengamalkan cara kerja berpuak dan suka membuli.

Akui pelakon berusia 43 tahun itu, situasi sukar dilalui hampir kebanyakan bakat baharu yang mencuba nasib dalam industri perfileman.

Situasi menjadi lebih sukar apabila mereka bukan anak kepada selebriti atau tiada pertalian dengan keluarga terkenal di Bollywood.

Layanan dingin, ditolak mentah-mentah ketika sesi uji bakat dan kerap diperlekeh, itu antara yang harus ditelan Shahid Kapoor biarpun ibu bapanya sebahagian daripada penggiat seni.

“Mungkin kerana ketika awal dulu saya tidak dedahkan saya anak pelakon membuatkan. Ada pihak pandang sebelah mata selain sanggup buli saya.

“Ini bermakna saya datang dengan bakat, bukan kabel,” akui anak Pankaj Kapur dan Neelima Azeem itu.

Bintang Khabir Singh itu juga enggan berkompromi dengan pembuli malah akan bertindak menegur jika nampak ada pelakon baharu diperlekehkan.

“Seseorang perlu bersuara. Jangan jadikan buli sebagai budaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI