fbpx

Seorang lagi suspek pecah rumah diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan seorang lagi suspek kes pecah rumah dalam satu serbuan di sebuah kawasan tapak pembinaan Jalan Lintas, Luyang semalam. - Foto IHSAN POLIS

KOTA KINABALU – Seorang lagi suspek kes pecah rumah ditahan dalam satu serbuan di sebuah kawasan tapak pembinaan Jalan Lintas, Luyang semalam.

Suspek berusia 21 tahun yang juga bekerja sebagai buruh binaan dan tidak mempunyai kad pengenalan diri itu ditahan pada pukul 2 petang oleh sepasukan pegawai serta anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) JSJ Kontinjen Sabah dan JSJ (IPD) Kunak.

Ketua JSJ Sabah, Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Azmi Abd. Rahim berkata, polis menjalankan serbuan di lokasi sebelum memeriksa seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan kes pecah rumah di sekitar daerah Kunak selepas mendapat maklumat risikan.

“Pemeriksaan lanjut juga mendapati suspek mengaku terbabit dalam beberapa kes pecah rumah di Kunak.

“Polis juga merampas sebuah televisyen dipercayai hasil kegiatan curi di Kunak yang disembunyikan di dalam bilik selepas dipandu arah oleh suspek,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya Azmi, siasatan lanjut mendapati suspek mengaku terlibat dalam tujuh kes pecah rumah di sekitar daerah Kunak.

“Lelaki berkenaan juga memaklumkan barangan yang dicuri sudah dijual kepada beberapa individu di daerah sama.

“Suspek kini sedang ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI