fbpx

Sarjit enggan pinggir pemain ‘otai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARJIT mengakui masih ada sumbangan yang mampu diberikan para pemain senior dalam pembentukan skuad hoki baharu nanti.

KETUA jurulatih baharu skuad hoki lelaki kebangsaan, Sarjit Singh sedia memberikan peluang kepada semua pemain untuk membuktikan kemampuan masing-masing tanpa mengira faktor usia menjelang latihan pusat yang dijadualkan bermula 19 Mac ini.

Pemain-pemain senior seperti Muhammad Marhan Mohd. Jalil dan Muhammad Razie Abdul Rahim tidak perlu risau mengenai peluang mereka dalam skuad biarpun usia mereka sudah menjangkau lebih 30 tahun.

Sarjit berkata, beliau akan membuat penilaian terhadap pemain-pemain yang bakal dikumpulkan nanti dengan meletakkan sasaran 14 hingga 18 bulan bagi mendapatkan skuad terbaik.

“Belum boleh cakap mengenai perubahan lagi kerana saya akan membuat penilaian terlebih dahulu untuk melihat perbezaan pasukan kita dengan negara-negara lain. Kita mahukan pemain yang ada kualiti antarabangsa.

“Kita akan mulakan latihan pusat bermula 19 Mac ini dengan lingkungan 40 hingga 43 pemain bakal dipanggil, termasuk pemain-pemain senior. Walaupun sudah berusia, jika masih mampu menampil aksi terbaik, mengapa tidak.

“Bagaimanapun, kita memerlukan tempoh lebih kurang 14 hingga 18 bulan untuk tahu kemampuan sebenar pemain,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil semalam.

Katanya, beliau sentiasa sedia memberikan peluang kepada pemain-pemain untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan, biarpun sebahagian mereka sudah melakukan lebih 300 penampilan sebelum ini.

Dalam pada itu, Sarjit yang juga bekas kapten skuad kebangsaan menegaskan, beliau menjadikan disiplin serta kerja keras sebagai keutamaan dalam misinya membentuk skuad Speedy Tigers terbaik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI