fbpx

Insiden Raja Norway, Langkawi wajar miliki hospital pakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

ALOR SETAR – Anak-anak syarikat milik kerajaan negeri disarankan untuk meneroka pasaran pelancongan berasaskan kesihatan yang semakin mendapat perhatian pelancong dalam merancakkan sektor berkenaan di Langkawi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Amar Pared Mahamud berkata,  Langkawi yang  tersenarai di tangga kesembilan sebagai Pulau Terbaik di Dunia oleh majalah Travel Plus Leisure Readers 2023 seharusnya memiliki hospital pakar bertaraf antarabangsa.

Kata beliau, ia bagi menampung pelancong asing untuk mendapatkan rawatan di pulau pelancongan ini.

“Terbaharu, kita dikejutkan dengan berita di mana Raja Norway, Raja Harald V dikejarkan ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) yang tidak memiliki Wad Diraja untuk mendapatkan rawatan setelah jatuh sakit ketika sedang bercuti di Pulau Langkawi.

“Justeru, kerajaan negeri perlu melihat kepentingan untuk melabur melalui anak-anak syarikat kerajaan negeri atau menarik pelabur bagi mewujudkan hospital pakar bertaraf antarabangsa di Pulau Langkawi,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini dalam perbahasan menjunjung kasih terhadap titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI