fbpx

Bundesliga: Magis Alonso bantu Leverkusen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO berjaya mengemudi Leverkusen menewaskan Cologne untuk mengekalkan penguasaan Bundesliga dengan kelebihan 10 mata berbanding Bayern. - AFP

BERLIN – Pasukan Bayer Leverkusen meneruskan cengkaman selaku pendahulu Bundesliga apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Cologne sekali gus melebarkan jurang dengan perbezaan 10 mata berbanding pencabar terdekat, Bayern Munich ketika ini.

Pada perlawanan awal pagi semalam, Cologne tidak bernasib baik apabila diarahkan bermain dengan 10 pemain dan kesempatan tersebut digunakan oleh pasukan pelawat untuk meraih gol menerusi ledakan Jeremie Frimpong dan Alex Grimaldo.

Tonggak tengah Leverkusen, Granit Xhaka mengakui perebutan gelaran liga musim ini masih belum berakhir meskipun jurang kelebihan mata yang dimiliki pasukannya semakin ketara ketika saingan hanya berbaki 10 perlawanan.

“Harus diakui kelebihan 10 mata yang kami miliki ketika ini agak besar. Namun, segalanya masih lagi terbuka kerana banyak lagi perlawanan yang perlu ditempuh.

“Secara matematik, Bayern masih mampu untuk memintas kedudukan pasukan dan saya harap barisan pemain kekal fokus kerana ini adalah detik serta pecutan paling penting musim ini,” kata pemain antarabangsa Switzerland itu.

Mengulas mengenai perlawanan, pengendali Leverkusen, Xabi Alonso mengakui pasukannya sepatutnya boleh melakar kemenangan besar tetapi banyak mensia-siakan peluang terhidang terutama pada babak pertama.

“Kita bernasib baik apabila pasukan lawan diarahkan bermain dengan 10 pemain pada awal perlawanan tetapi kita tidak dapat memanfaatkan situasi tersebut. Namun, saya gembira akhirnya kita masih berjaya mampu lakar kemenangan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI