fbpx

Tiada pergerakan pengikut Maula Amin di Johor – Exco Agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maula Amin.

KULAI – Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak menerima laporan mengenai kewujudan dan pergerakan pengikut individu dikenali sebagai Maula Mohamed Amin al-Hassani atau Maula Amin.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, pihaknya akan berkerjasama dengan pihak polis bagi memastikan kumpulan pengikut lelaki yang didakwa adalah cicit Nabi Muhammad SAW.

Katanya, umat Islam di negeri ini dinasihatkan supaya segera melaporkan kepada pihak JAINJ atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor sekiranya mengesan penularan pergerakan kumpulan itu.

“Saya berharap semua pihak akan sentiasa membuat aduan dan pemakluman kepada JAINJ kita tentang semua perkara yang mereka gusar dan keliru tentang agama islam di negeri ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Usahawan Majlis Agama Islam Sempena Program Tanggungjawab Sosial Korporat Sirim Berhad di Hotel Impiana Senai, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI