fbpx

‘Hot Daddy’, rakan wanita didakwa lagi jual video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasli Ikhwan ketika hadir di Mahkamah Majistret dan Sesyen hari ini. Foto oleh M.Firdaus M.Johari/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Seorang bapa tiga anak popular dengan panggilan “Hot Daddy” dan dua wanita yang tular dalam aplikasi X didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjual rakaman video lucah dua bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh-tertuduh Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli ,32, serta dua rakan wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama menjual rakaman video lucah bagi maksud menunjukkan secara awam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Siasatan Jenayah (D7) Bukit Aman, di sini antara pukul 11.47 malam dan 11.54 malam pada 15 Januari lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab. Razak, Hasli Ikhwan dan Norhidayah turut didakwa atas satu lagi pertuduhan iaitu memiliki bahan lucah yang bertentangan dengan kesopanan awam.

Kesalahan itu dilakukan di pejabat Siasatan Jenayah (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini pukul 4 petang pada 22 Januari lalu yang mana dua tertuduh itu dihukum mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002.

Hukuman bagi seksyen itu membawa hukuman denda tidak kurang RM10,000 dan maksimum RM50,00 atau dipenjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tertuduh Ikhwan Arif dan Norhidayah masing-masing diikat jamin RM9,000 bagi dua pertuduhan iaitu di Mahkamah Majistret dan Sesyen manakala tertuduh Norshazrina dibenarkan dengan jaminan RM4,000 bagi satu pertuduhan di Mahkamah Majistret.

Mahkamah kemudian menetapkan 22 April ini bagi sebutan semula kes semua pertuduhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI