fbpx

Guru rempuh pagar rumah elak kucing lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Myvi yang hilang kawalan merempuh pagar rumah di Kilometer 27, Jalan Seremban - Kuala Pilah, dekat Kampung Ibol petang tadi. - Foto IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Seorang guru tadika berhadapan detik cemas apabila keretanya hilang kawalan lalu merempuh pagar rumah susulan mengelak kucing melintas di kilometer 27, Jalan Seremban – Kuala Pilah, dekat Kampung Ibol, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Gani berkata, kemalangan berkenaan berlaku kira-kira pukul 5.35 petang membabitkan seorang wanita berusia 20 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi.

Menurutnya, berdasarkan siasatan mangsa dalam perjalanan dari Ulu Bendul hendak balik ke rumahnya yang terletak di Taman Bukit Mutiara.

“Ia dipercayai hilang kawalan akibat mengelak binatang melintas. Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu kereta telah di bawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Amran lagi, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI