fbpx

2 warga emas maut Mercedes Benz bertembung trak pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kemalangan meragut dua nyawa warga emas di Kilometer 27, Jalan Kluang-Teck Wah Heng, Kluang hari ini.

KLUANG – Dua warga emas maut selepas kenderaan dipandu mereka bertembung dalam kemalangan di Kilometer 27, Jalan Kluang – Teck Wah Heng, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, kejadian pukul 2.48 petang itu melibatkan kereta jenis Mercedes Benz dan Toyota Hilux.

Menurutnya, kedua-dua pemandu meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala.

“Siasatan mendapati kereta Mercedes Benz dipandu lelaki berusia 71 tahun dari arah Layang-Layang ke Renggam, manakala Toyota Hilux, lelaki berusia 74 tahun dari arah bertentangan. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI