fbpx

[VIDEO] Ali Puteh sudah langsaikan hutang, tunjuk 27 resit deposit wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALI Puteh lega dapat melangsaikan hutang sama kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah, semalam,

PETALING JAYA – Pelawak Ali Puteh telah melangsaikan hutang saman kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd. Ali berjumlah RM72,490 yang mencetuskan konflik sebelum ini.

Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berkata wang berkenaan sudah dimasukkan ke dalam akaun Hidayah menerusi mesin deposit tunai, semalam.

“Hari ini (Sabtu) saya sudah selesaikan apa yang tertunggak. Saya baru balik dari bank memandangkan baru ada kelapangan.

“Bank tutup pula jadi terpaksa guna CDM (cash deposit machine),” katanya menerusi perkongsian video dalam aplikasi TikTok.

Susulan deposit wang tunai dalam amaun besar, adik kepada Allahyarham Abam Bocey turut menyertakan 27 keping resit sebagai bukti pembayaran.

Menurut Ali lagi, jumlah tersebut tidak termasuk RM3,000 yang ditolak daripada tuntutan asal iaitu hutang Hidayah dengannya.

Menerusi hantaran sama, dia berharap tiada lagi isu berbangkit berkaitan tuntutan hutang antara mereka memandangkan semua urusan sudah diselesaikan dengan sempurna.

“Balu (Hidayah) juga ada ‘sangkut’ hutang dengan saya sebanyak RM3,000. Peguam kata kontrakan sahaja dengan jumlah wang ini.

“Jadi saya bayar RM72,490. Selepas ini, saya harap tiada lagi sebarang dakwaan atau berpanjangan isu ini.

“Maaf lambat sedikit sebab ada kekangan kerja,” ujarnya.

Pada masa sama, Ali menjadikan apa yang berlaku antaranya dan Hidayah sebagai iktibar dan mahu fokus berniaga selepas ini.

“Saya ambil ini sebagai satu pengajaran buat diri sendiri dan semua. Selepas ini, fokus kacau sambal,” katanya.

Terdahulu, 20 Februari lalu, Ali datang ke rumah Hidayah bagi menyerahkan hutang sebanyak RM75,000 yang dikumpul daripada hasil jualan barangan peribadi serta sambal yang diusahakan bersama isterinya.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata itu enggan menerima wang tunai atas faktor keselamatan.

Hidayah meminta Ali membawa wang tersebut ke pejabat peguam atau dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Terdahulu, pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu. –KOSMO! ONLINE

 

@aliputeh89 Alhamdulillah…selesai sudah hari ni…melangsaikan hutang balu arwah abg saya…Siti Nurhidayah Binti Mohd Ali… sy harap tiada lagi isu berbangkit berkenaan hutang ini lagi…sy mengambil ini sebagai pengajaran buat sy dan kita semua…sy mewakili seluruh ahli keluarga allahyarham Abam Bocey memohon ampun dan maaf buat semua … yg baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan…Akhir kata, sy memohon maaf dan memaafkan semua yg pernah berkata-kata pd sy dan keluarga … . . Datang rumah diwaktu petang, Datang untuk membayar hutang, Selesai sudah hutang piutang, InshaAllah,rezeki PASTI datang … . . Ikhlas, ALI PUTEH 02/03/24 #aliputeh #fyp #santaidiposisi ♬ original sound – aliputeh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI