fbpx

Tuan rumah tak kutip sewa sempena naik sekolah, hari raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan seorang tuan rumah memberikan sewa percuma kepada penyewanya bagi bulan Mac dan April ini menerima pujian orang ramai.

Melalui sebuah hantaran di Facebook Azniea Khamis, pemilik rumah berkenaan berbuat demikian setiap kali musim perayaan.

“Tuan rumah dari syurga, setiap kali perayaan setiap kali puasa raya. Dia akan kecualikan bayaran sewa rumah penyewa-penyewa dia, bukan satu ya rumah sewa dia.

“Dia seorang Datin yang ‘low profile’, humble (rendah diri). Siapa dia? Biarlah rahsia,” tulis hantaran itu.

Turut disertakan bersama hantaran itu ialah tangkap layar hantaran di WhatsApp status pemilik rumah tersebut.

Tangkap layar hantaran di WhatsApp status pemilik rumah sewa tersebut.

“Kepada semua penyewa-penyewa rumah dan bilik saya, untuk bulan ini dan bulan depan tiada dikenakan bayaran sewa bagi memberi laluan awak semua buat persiapan anak naik sekolah dan raya.

“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua,” tulisnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji sikap pemurah hati pemilik rumah berkenaan.

“Mulianya hati beliau, semoga Allah pelihara orang baik-baik begini,” kata Nazrin.

“Bertambah murah rezeki Datin, semoga sihat tubuh badan dan dipanjangkan usinya. Bukan senang nak cari hati pemurah begini, hanya Allah membalas kebaikan Datin,” doa Zaidah.

“Dah jumpa tuan rumah baik begini, penyewa pun harap hargailah, jangan ambil kesempatan,” kata Asz.

Sehingga kini, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 4,000 kali dan mendapat lebih 5,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI