fbpx

Syamsul Yusof merajuk? Yusof Haslam harap hubungan kembali jernih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI bapa Yusof Haslam tidak putus berdoa semoga Syamsul Yusof pulang bertemunya dan isteri, Datin Patimah. - Foto Foto MOHD FIRDAUS JOHARI

SHAH ALAM – Penerbit Datuk Yusof Haslam mengakui anaknya, sutradara Syamsul Yusof belum pulang bertemu dengannya dan isteri, Datin Patimah sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Yusuf, 70, putera sulungnya itu mungkin sibuk dengan penggambaran filem terbaharu sehingga tidak berkesempatan menghubunginya.

“Dia masih tidak berhubung dengan kami dan mungkin sedang sibuk dengan peggambaran filem Original Gengster yang dijangka ditayang pada tahun ini.

“Apa pun, saya dan ibunya sentiasa mendoakan yang terbaik. Tiada ibu bapa yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Al Aqsa Carpets Factory Outlet milik pelakon Dazrin Kamaruddin di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Yusof tidak menolak kemungkinan perkara itu berlarutan kerana Syamsul terkilan dengan isu yang berlaku antara mereka.

Namun, sebagai bapa dia tidak akan melakukan perkara serupa terhadap Syamsul sebaliknya terus berdoa agar kemelut antara mereka segera berakhir.

“Tak mengapalah, sebagai orang tua saya perlu berfikiran matang.

“Sebagai ayah, apabila anak bersikap sebegitu saya tak boleh melakukan hal sama. Kata isteri saya, kita serahkan kepada Tuhan.

“Saya rasa tiada anak yang tak sayangkan ibu bapanya, mungkin dia masih merajuk atau terkilan. Ramadan pun semakin hampir, saya sentiasa doa yang terbaik,” ujarnya.

Kata pelakon drama Gerak Khas itu, dia enggan mengulas panjang perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan termasuk hubungannya dengan isteri.

“Kita tak boleh ubah takdir. Saya tak mahu komen lebih-lebih takut ada pihak merajuk selain mahu jaga hati semua orang termasuk isteri.

“Saya tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana benda ini. Semua yang berlaku masih baru dan harap ada penyelesaian.

“Sebagai anak, harus juga berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera,” katanya lagi.

Terdahulu, Yusof pada tahun lalu mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar.

Syamsul pada Januari tahun lalu menjadi sorotan ramai apabila mengakui sudah bernikah dengan isterinya, Ira Kazar di Thailand dan bercerai dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 13 Jun  dengan talak satu.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI