fbpx

Sarjit dilantik jurulatih Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SARJIT dipilih sebulat suara oleh Ahli Jawatankuasa Eksekutif MHC sebagai ketua jurulatih Speedy Tigers yang baharu. - Pasukan Hoki Terengganu

KUALA LUMPUR – Teka-teki berhubung siapakah ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan yang baharu akhirnya terjawab selepas Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) melantik jurulatih pasukan hoki Johor, Sarjit Singh.

Pengerusi MHC, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, pelantikan Sarjit yang juga bekas pengendali Speedy Tigers pada 2006 hingga 2008 dipersetujui sebulat suara Ahli Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu.

Jelas beliau, Sarjit dilantik dengan kontrak selama dua tahun selain menegaskan, pihaknya akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada individu yang pernah menjadi kapten pasukan negara itu.

“Berdasarkan kepada laporan dan cadangan, keputusan berhubung pelantikan ketua jurulatih skuad kebangsaan baharu dibuat sebulat suara. MHC melantik Sarjit Singh sebagai ketua jurulatih dengan kontrak selama dua tahun,” katanya selepas mesyuarat khas MHC di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Menerusi pelantikan itu, Sarjit berjaya mengenepikan tiga lagi calon lain termasuk bekas pengendali skuad kebangsaan, Muhammad Dharma Raj Abdullah serta dua calon luar negara, Brendan Caralon dan Glenn Turner. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI