fbpx

Rihanna hadiri majlis pra perkahwinan anak jutawan Mukesh Ambani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI terkenal antarabangsa, Rihanna antara yang mengadakan persembahan pada majlis pra perkahwinan Anant Ambani dan Radhika Merchant.

MAHU semua gembira di hari bahagia, jutawan terkaya India, Mukesh Ambani menjemput sekitar 1,200 tetamu termasuk deretan selebriti popular dunia untuk menghadiri majlis sambutan pra perkahwinan anak lelakinya, Anant Ambani.

Menurut sebuah laporan, tetamu acara itu dihiburkan dengan persembahan bintang pop Rihanna, ahli silap mata, David Blaine dan selebriti Bollywood seperti Deepika Padukone, Shah Rukh Khan juga Rani Mukherjee.

Beberapa pemimpin politik dan bekas pemimpin juga dijangka hadir termasuk pengasas Meta, Mark Zuckerberg; pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dan Ketua Eksekutif Alphabet, Sundar Pichai.

Majlis gilang-gemilang itu telah pun berlangsung bermula 1 Februari lalu dan akan berakhir lewat malam ini di kampung halaman Ambani di Jamnagar di negeri Gujarat di barat India.

Mengikut laporan, Ambani turut membina kompleks kuil Hindu yang luas untuk sambutan itu.

Begitu pun, bila tarikh sebenar Anant, 28, dan tunangnya, Radhika Merchant, 29, dijadual berkahwin masih belum diumumkan.

Mengikut laporan, Ambani pernah berbelanja sekitar RM475.40 juta bagi majlis perkahwinan anak perempuannya pada 2018 dan mungkin akan berhabis lebih daripada itu kali ini.

Ambani, 66, pengerusi gergasi petrokimia, Reliance Industries adalah individu terkaya di Asia dengan jumlah kekayaan USD114 bilion atau RM541.96 bilion mengikut senarai Forbes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI