fbpx

Merecik aura ‘dreadlock’ Sharifah Sakinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAKINAH menggayakan rambut dreadlock sebaik pulang dari Bali.

LAIN macam Diva tengok ‘style’ pelakon Sharifah Sakinah sekarang. Macam iras-iras selebriti Kim Kardashian sejak dia mengenakan rambut palsu dengan gaya ‘dreadlock’.

Seperti yang kita tahu, rambut Sakinah memang pendek. Namun sejak pulang bercuti di Bali, Indonesia, ibu tunggal kepada seorang cahaya mata itu dilihat bergaya hasil melakukan teknik ‘sambung rambut’ gaya dreadlock yang terkenal dalam kalangan individu berkulit hitam (Afrika).

Apa yang menarik tumpuan Diva, menerusi hantaran yang dikongsikan Sakinah dalam Instagram, pelakon itu memberitahu dirinya masih lagi Melayu, walaupun telah mengubah penampilan.

Malah, Sakinah turut meminta pengikutnya supaya bertenang dan tidak gelabah dengan penampilannya itu.

“Tenangkan bontot (punggung), kami masih Melayu. Bukan omputeh (mat salih), hitam, Arab, K-pop atau Kardashian (Kim Kardashian),” tulisnya.

Dalam ruangan komen, ramai netizen mengusik Sakinah apabila memberitahu tidak menyangka bahawa dia masih sedar dengan asal-usulnya sebagai orang Melayu.

“Ingatkan dah lupa asal-usul,” kata seorang netizen.

Pada masa sama, ramai juga memuji gaya Sakinah apabila menyifatkan penampilannya semakin jelita.

“Cantiknya! Semakin jelita,” kata seorang pengguna Instagram.

“Suka dengan gaya rambut Sakinah,” kata seorang lagi pengikutnya.

Tak kisahlah gaya apa pun ditampilkan, yang bahagia dan tak mencolok mata.

DIVA: Dengar cerita tiket Anugerah Juara Lagu tak berapa ‘jalan’. Kita tengok malam nanti penuh atau tidak Axiata Arena, Bukit Jalil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI