fbpx

Dividen KWSP bukti pelaburan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar dividen diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara yang paling tinggi setakat ini sekali gus menunjukkan jumlah pelaburan semakin meningkat.

Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, pemberian dividen berkenaan menunjukkan prestasi yang baik kepada KWSP dan kumpulan berkenaan diyakini akan terus memberi dividen lebih tinggi pada masa depan.

“Daripada jumlah dividen yang dibayar sebenarnya 60 peratus daripada pendapatan pelaburan di luar negara, walaupun sebenarnya jumlah pelaburan oleh KWSP lebih daripada 60 peratus dalam negara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Dr. Barjoyai berkata, dividen yang diumumkan oleh KWSP juga menunjukkan kadar pulangan di luar negara adalah lebih baik dan perkara itu dipengaruhi beberapa perkara.

Dalam pada itu, beliau berkata pengumuman dividen semalam sudah tentu memberi manfaat kepada pencarum yang tidak membuat pengeluaran KWSP terutama semasa negara dilanda wabak Covid-19.

“Berbanding kadar dividen lain, KWSP menunjukkan prestasi lebih baik,” ujarnya.

Terdahulu, KWSP mengumumkan dividen 5.5 peratus dan 5.4 peratus masing-masing untuk simpanan konvensional dan simpanan shariah bagi 2023.

Kadar itu lebih tinggi berbanding 2022 yang mana dividen diumumkan ketika itu bagi simpanan konvensional adalah 5.35 peratus dan 4.75 peratus bagi simpanan shariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI