fbpx

‘Tambat’ kucing di tiang suruh mengemis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEAADAAN Mike yang diikat pada tiang dengan sebuah beg sumbangan diletakkan bersebelahannya.

MELAKA – Tular beberapa gambar di media sosial sejak semalam memaparkan seekor kucing digelar ‘Mike’ diikat pada tiang dipercayai di kawasan tumpuan pelancongan di Banda Hilir dekat sini bagi tujuan mengemis.

Kejadian tular itu turut dikongsikan oleh laman rasmi Facebook Dunia Kucing Malaysia dan menerima respons lebih 1,200 pengguna lain.

Seorang pengguna menjelaskan kucing tersebut merupakan haiwan peliharaan wanita yang merupakan pekerja pembersihan tandas awam di lokasi tersebut.

Katanya, kucing itu bagaimanapun telah diambil oleh individu lain ketika wanita berkenaan bercuti dan dijadikan alat untuk mengemis di kawasan kaki lima.

Kejadian yang menimpa Mike itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen meluahkan rasa kasihan dan marah dengan tindakan tidak berperikemanusiaan pihak terlibat.

“Mohon jasa baik maklum kepada pemilik kucing agar tidak dieksploitasi oleh individu tidak bertanggungjawab atau minta pemilik carikan new adopter,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Tolonglah adik yang hantar gambar ni, buka ikatan kucing tu. Kesian dia,” kata Za Za. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI