fbpx

USCG, Malaysia komited perkukuh hubungan maritim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Pengawal Pantai Amerika Syarikat memberi penerangan kepada pengamal media ketika lawatan ke Kapal USCGC Bertholf yang berlabuh di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang selama empat hari. -Foto SADDAM YUSOFF

KLANG – Pengawal Pantai Amerika Syarikat (USCG) komited mengukuhkan hubungan maritim dengan Malaysia bagi membina Indo Pasifik yang lebih stabil, bebas dan berdaya tahan tanpa akses terhad.

Pegawai Pemerintahnya, Kapten William L. Mees berkata, pihaknya menjalin kerjasama erat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam meningkatkan keupayaan maritim antara kedua-dua negara.

Kata beliau, kerjasama itu berupaya mengukuhkan tadbir urus maritim global bagi memelihara kedaulatan dan perkongsian maklumat.

“Selain memudahkan perkongsian, ia menunjukkan standard tingkah laku profesional bagi mengukuhkan undang-undang di laut.

“USCG mahu memastikan penyatuan negara sebagai rakan strategik yang boleh dipercayai bagi keselamatan, keselamatan dan kemakmuran maritim di rantau ini,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan kapal United States Coast Guard Cutter (USCGC) Bertholf bersama pengamal media di Terminal Pelayaran Pelabuhan Klang (PKCT) di sini hari ini.

Kapal pengawal pantai Amerika Syarikat yang kali pertama tiba di pelabuhan itu tiba hari ini dan dijangka berlabuh sehingga Isnin depan.

Tambah Mees, kapal yang dikendalikan seramai 170 anak kapal termasuk pegawai USCG itu akan turut berlabuh di beberapa negara kongsi lain kelak. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI