fbpx

‘Talian hayat’ Kedah hingga 5 Mac – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Stuart mengesahkan status pasukan Sang Kenari hanya akan diketahui pada minggu depan.

NASIB pasukan Kedah Darul Aman (KDA FC) untuk bersaing dalam kancah Liga Malaysia 2024/2025 masih belum ‘selamat’ sebaliknya hanya diketahui selepas mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan First Instance Body (FIB) pada 6 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata, pengurusan Sang Kenari telah diberi tempoh sehingga 5 Mac ini oleh FIB untuk menyelesaikan masalah gaji tertunggak pasukan selain MFL juga memerlukan maklumat tambahan.

Kata Stuart, maklumat tambahan itu diperlukan bagi penilaian ahli lembaga pengarah MFL sebelum memutuskan kedudukan Sang Kenari dalam mesyuarat yang akan berlangsung pada Rabu depan.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi tentang nasib Kedah, tetapi ini sudah sampai ke satu tahap agak serius yang tidak boleh diberikan lanjutan masa lagi kerana kita tahu jumlah bulan (gaji) tidak bayar agak besar.

“Kita perlu lihat kelangsungan liga dan bukannya kelangsungan satu pasukan sahaja dan MFL juga perlukan keluarkan kalender untuk tahu slot tambahan selain slot untuk untuk mengggantikan Kelantan FC sahaja.

“Lebih rumit kalau tangguh keputusan (tentang status penyertaan KDA FC dalam Liga Super). Perkara ini, kita sudah berhubung dengan Kedah dan mereka faham kekangan masa bukan melibatkan mereka sahaja.

“Kita (MFL) akan maklumkan kepada media tentang kedudukan Kedah selepas 6 Mac dan maklumat (keputusan) berdasarkan penilaian Ahli Lembaga Pengarah MFL dan FIB yang akan bersidang,” katanya ketika ditemui.

Mengulas lanjut, Stuart mengesahkan situasi yang berlaku pada KDA FC tidak boleh disamakan dengan Kuala Lumpur City (KL City) kerana kes mereka tidak begitu serius.

“Kita juga sudah dapat maklumat daripada pihak KL City serta perancangan penyelesaian gaji. Namun, kes mereka juga akan dibawa ke FIB tetapi tidak begitu serius,” katanya.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan pihak pengurusan KDA FC sedang berusaha untuk membayar tunggakan pendahuluan sebelum 5 Mac dan hanya dapat menyelesaikan sepenuhnya isu gaji pada April depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI