PETALING JAYA – Bersempena sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan Sunway, pelbagai promosi eksklusif yang tidak harus dilepaskan oleh orang ramai untuk memanfaatkan peluang bercuti, menginap di hotel-hotel dan bersantai di taman tema popularnya.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Sunway City Kuala Lumpur Hotels melalui promosi Enjoy ‘March’More menawarkan pakej penginapan dengan diskaun lebih daripada 50 peratus untuk menginap di Sunway Resort, Sunway Pyramid dan juga Sunway Lagoon Hotel.
Turut diberi percuma adalah baucar Gordon Ramsay Street Pizza dan Black Tap Craft Burgers & Shakes selain baucer spa.
“Para pelanggan yang berminat boleh membeli pakej-pakej menarik tersebut pada Jelajah Mega Sunway’s Golden Jubilee di pusat beli-belah Sunway Pyramid bermula semalam hingga 3 March ini,” katanya.

Kenyataan tersebut menerangkan, pakej A ditawarkan pada harga RM699 meliputi penginapan dua hari satu malam untuk bilik deluxe Sunway Resort Hotel dengan sarapan pagi percuma.
Pelanggan juga akan diberikan baucer tunai bernilai RM50 untuk makan di Black Tap Craft Burgers & Shakes, baucer tunai bernilai RM50 untuk menjamu selera di Gordon Ramsay Street Pizza dan baucar tunai bernilai RM200 Sunway MediSpa Pelanggan juga dapat mengakses semua kemudahan Sunway Resort Hotel.
Pakej B pula berharga RM1350 (harga asal bernilai MYR2700) menawarkan percutian selama tiga hari dua malam di bilik deluxe Sunway Resort Hotel bersama sarapan pagi percuma.
Ia turut memberi baucer tunai Black Tap Craft Burgers & Shakes bernilai MYR75, baucar tunai RM75 untuk makan di Gordon Ramsay Street Pizza, baucar tunai Sunway MediSpa bernilai RM200 selain mendapat akses bagi semua kemudahan di Sunway Resort Hotel seperti kelab kesihatan dan kolam renang.

Selain itu, Kumpulan Sunway turut menganjurkan cabutan bertuah Stay & Win untuk memenangi hadiah mewah menginap di Presidential Suite bernilai RM25,000.
Turut ditawarkan dua pakej penginapan di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Lagoon Hotel dengan harga A ditawarkan pada harga hanya RM399 yang mana harga asalnya adalah RM919 dan pakej B berharga MYR650 berbanding harga asal sebanyak MYR1588.
Jelajah Mega Sunway’s Golden Jubilee telah berlangsung mulai 21 Februari lalu sehingga 10 Mac ini melibatkan beberapa lokasi utama di seluruh negara iaitu Sunway Carnival Mall di Pulau Pinang, Aeon Mall Kinta City di Ipoh, Sunway Pyramid Mall di Sunway City Kuala Lumpur dan Sunway Big Box di Johor Bahru. -KOSMO! ONLINE
















