fbpx

Kertas siasatan kenderaan rasmi menteri ekori ambulans diserah ke PPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. Yusri (kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada pegawainya pada Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di pekarangan IPK Perak, Ipoh hari ini.

IPOH – Polis telah menyerahkan kertas siasatan kes kenderaan rasmi menteri mengekori rapat ambulans dalam kecemasan ketika kesesakan trafik bulan lalu kepada Pejabat Pendakwaan Ne­geri (PPN).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada PPN bagi menentukan tindakan seterusnya.

“Siasatan kes itu telah lengkap dan kita telah hantar kertas siasatan Rabu lalu kepada pihak pendakwaan negeri untuk penelitian.

“Buat masa sekarang, kita hanya tunggu arahan PPN untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di pekarangan IPK Perak di sini hari ini.

Menerusi laporan media pada 8 Februari lalu, Mohd. Yusri mengesahkan kenderaan tersebut dinaiki seorang menteri yang dalam perjalanan ke program kebajikan yang diadakan di Rumah Pangsa Jalan Silang di Ipoh.

Menurut beliau, siasatan kejadian itu sedang dijalankan dengan mengambil keterangan pemandu kenderaan dan saksi awam lain.

Jelasnya, siasatan kes dijalankan di bawah Peraturan 9 (2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI