fbpx

Pendakwaan ‘in absentia’ menantu Muhyiddin pilihan terakhir – Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (kanan) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim katanya kepada pemberita pada Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di Kuala Lumpur, hari ini. Foto MUHAMAD IQBAL ROSLI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Pendakwaan secara ‘in absentia’ (tuduhan tanpa kehadiran) terhadap menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan ke mahkamah menjadi pilihan terakhir Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam tindakan perundangan berkait kesnya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, walaupun tindakan undang-undang berkenaan boleh dilakukan, pihaknya belum ke arah itu kerana percaya ahli perniagaan berkenaan masih boleh dikesan.

“Memang kita sekarang ini telah keluarkan waran tangkap kepada dia, kita belum memutuskan tuduh tanpa kehadiran.

“Ia boleh dibuat tetapi itu merupakan pilihan terakhir kerana saya percaya dia boleh dikesan atau masih boleh balik Malaysia untuk menghadapi pertuduhan,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Kemuncak Anti-Rasuah Kebangsaan (NAC Summit) 2024 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, SPRM sedang bekerjasama dengan agensi penguat kuasa antarabangsa untuk mengesan keberadaan Muhammad Adlan.

Terdahulu, Azam memaklumkan, beberapa kertas pertuduhan ke atas Muhammad Adlan sudah lengkap membabitkan beberapa dakwaan termasuk jenayah pecah amanah (CBT) dan pihaknya akan membuat semakan notis merah terhadap menantu Muhyiddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI