fbpx

Pelawak 57 tahun bertukar jadi pemuda tampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wajah Tang Jianjun disolek sehingga menyebabkan dia kelihatan seperti individu lain. Douyin/Tuzi

BEIJING – Seorang jurusolek dari China mengundang  perhatian pengguna media sosial kerana mampu ‘mengubah’ wajah pelawak berusia 57 tahun menjadi pemuda tampan, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dikenali sebagai Tuzi, kebolehan luar biasa jurusolek wanita itu menyebabkan dia menerima gelaran ‘pakar perubahan’ dan menjadi sensasi internet.

Tuzi mula dikenali ramai selepas siri video yang dikongsikannya, Cabaran Extreme Makeover 100 People menjadi tular di platform media sosial.

Wanita tersebut menunjukkan kebolehan mengubah wajah individu yang disolek secara ketara. Dia  kini mempunyai lebih 5.5 juta pengikut di platform media sosial China, Douyin.

Tutorial solekan Tuzi yang disiarkan secara langsung turut menarik purata satu juta tontonan setiap hari, dengan ramai berminat untuk mempelajari teknik kosmetiknya. 

Studio kendaliannya yang berpangkalan di wilayah Yunnan juga menjadi tempat latihan untuk berpuluh-puluh perantis. Setakat ini, Tuzi berjaya mengembangkan perniagaannya kepada 17 cawangan.

Disebabkan kebolehan luar biasa itu, khidmat Tuzi ditawarkan pada harga antara 699 yuan (RM462) hingga 2,888 yuan (RM1,911). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI