fbpx

Lelaki kahwini ibu sahabat karib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan ini dinikahkan dalam satu acara sederhana di Lombok. – TikTok

JAKARTA –  Seorang lelaki di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat menjadi perhatian ramai kerana berkahwin dengan wanita berusia 20 tahun lebih tua yang juga ibu kepada sahabat karibnya,  lapor portal berita Okezone hari ini.

Dalam satu video yang dikongsikan di platform TikTok, pasangan pengantin itu kelihatan  duduk di halaman rumah semasa majlis pernikahan mereka.

Majlis sederhana itu dihadiri oleh saudara terdekat dan jiran tetangga, manakala mas kahwin ditetapkan sebanyak 3 juta rupiah (RM908).

Menurut laporan, pengantin perempuan merupakan ibu rakan sepermainan pengantin lelaki, namun, umur sebenar kedua-dua pasangan itu tidak didedahkan.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Inilah yang dinamakan ‘bapaku ialah sahabatku’,” kata seorang netizen.

“Mencari wanita yang mempunyai ciri-ciri  keibuan,” kata netizen  lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI