fbpx

Lelaki Indonesia bela murai batu didenda RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADIYO didenda RM50,000 selepas mengaku salah menyimpan burung Murai Batu sebanyak lima ekor yang merupakan unggas yang dilindungi di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki warga Indonesia memiliki lima ekor murai batu spesies dilindungi membawa padah apabila didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Sadiyo, 27, selepas dia mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan.

Mahkamah turut memerintahkan pemuda itu dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan. Sadiyo bagaimanapun gagal membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, lima pegawai Jabatan Perhilitan bersama tujuh pegawai polis cawangan risik Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) menjalankan pemeriksaan di premis kediaman pekerja di Ulu Tiram, Khamis lalu.

Hasil pemeriksaan yang dilakukan kira-kira pukul 9.15 malam itu menjumpai lima ekor burung murai batu (Copsychus malabaricus).

Selepas disoal siasat dijalankan, lelaki itu gagal mengemukakan sebarang dokumen sah daripada Perhilitan. Kesemua barang kes dibawa ke Balai Polis Seri Alam untuk tindakan lanjut.

Hasil pengecaman yang dibuat pakar Perhilitan mendapati semua barang kes itu merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Kelapan, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] di dalam Perintah Pemuliharaan Hidupan Liar Pindaan Jadual 2012. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI