fbpx

Cheng Hoe sah latih Police Tero

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAN Cheng Hoe sudah sah akan melatih kelab Thailand, Police Tero FC yang kini sedang bergelut di kedudukkan bawahan liga. - POLICE TERO FC

KUALA LUMPUR – Teka-teki destinasi bekas pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe kini ternoktah selepas secara rasminya diumumkan sebagai Ketua Jurulatih Police Tero FC.

Skuad The Silver Shield Dragons kini menagih idea baharu daripada Cheng Hoe bagi merubah pasukan yang kini sedang bergelut di kedudukkan 14 liga dengan hanya mengutip 19 mata daripada 19 perlawanan.

“Police Tero FC melantik Tan Cheng Hoe sebagai jurulatih,” menurut pengumuman dibuat kelab Thailand itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam, Cheng Hoe yang juga bekas pengendali Harimau Malaya berjaya mencapai kata persetujuan dengan Red Giants untuk menamatkan kontrak lebih awal kerana akan mengalas jawatan pengendali dengan kelab Thailand.

Daripada perkongsian Kiko Insa yang kini bergelar sebagai ejen, Cheng Hoe menjadi jurulatih pertama dari Malaysia yang melatih kelab di Thailand.

Sebagai rekod, sejak dilantik pada September 2022, Cheng Hoe berjaya membantu skuad Merah Kuning menjadi naib juara Piala Malaysia 2022 dan juga naib juara Liga Super Malaysia 2023.

Prestasi konsisten yang dipamerkan telah membantu pasukan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025 bermula Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI