fbpx

Budak autistik lemas: Polis akan panggil bapa mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis akan mengambil keterangan bapa kanak-kanak autistik yang ditemui lemas dalam sebuah tasik di Sea Park, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah mengambil keterangan dua individu yang menemui mangsa.

“Bapa mangsa akan diambil keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas pengabaian dan kecuaian oleh penjaga.

“Siasatan semua aspek akan dijalankan, Doktor mengklasifikasikan punca kematian mangsa adalah mati lemas,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes kanak-kanak lelaki autistik berusia lima tahun yang ditemui lemas di tasik itu.

Pihak polis menerima laporan daripada bapanya pada pukul 6.30 petang semalam selepas mendapati anaknya yang berusia lima tahun hilang.

Dimaklumkan, pada pukul 3.30 petang, mangsa didapati hilang semasa bermain dengan kembarnya setelah bapanya tertidur ketika memerhatikan anak-anaknya di kawasan itu.

Pengadu telah cuba mencari anaknya yang hilang di sekitar kawasan tersebut namun masih tidak menjumpainya.

Susulan itu, orang awam telah menemui anaknya terapung di atas permukaan tasik tersebut lebih kurang dalam jarak anggaran empat meter daripada tebing tasik.

Shahrulnizam berkata, pihaknya tidak mengesan sebarang unsur-unsur jenayah dan pasukan perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa disyaki akibat lemas.

Hasil bedah siasat Jabatan forensik Hospital Sungai Buloh mendapati tiada kesan kecederaan atau kesan penderaan lain pada anggota badan mangsa.

Doktor mengklasifikasi punca kematian mangsa (cause of death) adalah mati lemas (drowning). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI