fbpx

Bayaran imam tarawih di Kelantan ikut kemampuan masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Mohamad Rizam (tengah) menyampaikan sumbangan Maik Kepada Badan Pertubuhan dan Agensi Bagi Tahun 2024 di sebuah hotel di Kota Bharu hari ini. KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/KOSMO!

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) menegaskan bayaran elaun imam solat tarawih adalah bergantung kepada masjid dan tidak melibatkan peruntukan agensi itu.

Yang Dipertuanya, Tengku Tan Sri Datuk Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata, Maik tidak sesekali campur tangan berhubung perkara itu dan menyerahkan kepada kebijaksanaan jawatankuasa masjid masing-masing.

“Setiap masjid ada jawatankuasa dan mereka yang akan memutuskan perkara berkaitan insentif solat tarawih termasuk elaun imam. Maik tidak campur tangan.

“Bagaimanapun, kita lebih menggalakkan masjid ambil imam tempatan yang terdiri daripada pelajar tahfiz supaya dapat membantu menambah pendapatan pada bulan Ramadan,” katanya pada Majlis Perutusan Laporan Khas Kutipan dan Agihan Zakat Maik di sini hari ini.

Mohamad Rizam yang juga Tengku Temenggong Kelantan memberitahu, Maik juga mempunyai seramai 92 pelajar tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Panji di sini yang boleh dijemputkan di masjid-masjid di negeri ini sebagai imam solat tarawih.

Menurutnya, Maik memberi saranan agar pembayaran elaun imam solat tarawih dibuat mengikut kemampuan kewangan masjid agar ia tidak menjadi beban kepada mereka pada masa hadapan.

Kosmo! hari ini melaporkan, sebahagian pihak pengurusan masjid tidak berkira untuk membayar elaun sehinggga RM18,000 seorang imam tarawih pada bulan puasa sebagai salah satu cara untuk menarik kehadiran jemaah dan memeriahkan bulan puasa.

Tinjauan mendapati, imam tarawih di sekitar Kuala Lumpur dibayar antara RM12,000 hingga RM18,000 berdasarkan kepada kelulusan daripada pihak masjid dan kemampuan semasa mereka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI