fbpx

Hujan lebat berpanjangan di utara Semenanjung, Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan ramalan cuaca signifikan melibatkan utara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan berkata, berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak yang boleh menyebabkan ribut petir.

Beliau berkata, keadaan itu turut berpotensi menghasilkan hujan lebat serta angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke awal pagi.

“MetMalaysia turut menjangkakan cuaca kering dan panas di beberapa tempat dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius, terutamanya di utara Semenanjung dan Sabah.

“Namun, hujan serta ribut petir berpotensi berlaku mulai hujung minggu ini di beberapa tempat di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung yang boleh meredakan cuaca panas di kawasan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI