fbpx

Dua individu melecur teruk kebakaran kereta, motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAKARAN kereta dan motosikal yang mengakibatkan dua individu melecur hampir keseluruhan badan di Taman Utama, Bercham di Ipoh, Perak hari ini. - Foto IHSAN JBPM

IPOH – Seorang lelaki dan wanita cedera parah dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah kereta dan motosikal di hadapan sebuah rumah di Taman Utama, Bercham di sini hari ini.

Kejadian yang dilaporkan pada pukul 10.20 pagi itu menyebabkan kedua-dua mangsa melecur hampir keseluruhan badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Azman Hussin berkata, sepasukan 10 anggota dihantar ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

Katanya, kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan motosikal Honda C70.

“Pihak kami mendapati seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an dan wanita berusia 50-an sudah berada di tepi kereta. Mereka dipercayai dibawa keluar oleh orang awam,” katanya di sini hari ini.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mendapatkan rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI