fbpx

Polis musnahkan 6 Harley Davidson bersalut emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOTOSIKAL Harley Davidson milik kumpulan Comanchero. - Polis New Zealand

WELLINGTON – Sebanyak enam motosikal jenama Harley Davidson bersalut emas milik sebuah kumpulan motosikal dimusnahkan menjadi  sekerap, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Motosikal berharga NZ$153948 (RM453,559) setiap satu itu dirampas polis New Zealand bersama beberapa aset lain bernilai NZ$2.7 juta (RM7.86 juta) dalam serbuan dinamakan  Operasi Nova. 

“Keenam-enam motosikal itu dimusnahkan pada Jumaat lalu dan jualan besi sekerapnya akan disalurkan kepada dana kerajaan sebagai amalan standard,” kata Pesuruhjaya Polis Andrew Coster. –

 

 

SEBUAH motosikal berkenaan yang dimusnahkan. — POLIS NEW ZEALAND

 

Turut dirampas ialah wang tunai NZ$426,949 (RM1.26 juta), empat kenderaan  Range Rovers Sports, sebuah kereta Rolls-Royce Wraith, kereta Mercedes-Benz dan Audi, barangan berjenama lain serta sebuah hartanah di Auckland.

Kesemua aset itu dirampas daripada ahli kumpulan motosikal Comanchero yang terlibat dalam  pelbagai aktiviti jenayah termasuk pengedaran dadah, pengubahan wang haram dan keganasan.

Semua motosikal itu dirampas pada April 2019 namun mahkamah hanya membenarkan polis memusnahkannya baru-baru ini.  – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI