fbpx

Lepas Mercedes-Benz, Ezzanie Jasny nak beli rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelakon Ezzanie Jasny enggan berasa selesa dengan pencapaian diri sebaliknya bekerja lebih keras demi mencapai impian mengumpul aset.

PETALING JAYA – Hasrat memiliki kereta mewah Mercedes-Benz A180 sudah tercapai pada usia 26 tahun, pelakon Ezzanie Jasny enggan berasa selesa dengan pencapaian diri sebaliknya bekerja lebih keras demi mencapai impian mengumpul aset.

Ujar Ezzanie atau nama lengkapnya Nur Ezzanie Sherazade Jasny, dia kini berhempas-pulas mencari rezeki bagi merealisasikan hajat membeli kediaman sendiri pada tahun hadapan.

“Syukur kereta idaman saya sudah dapat, sekarang saya kena kerja lebih kuat lagi untuk ada rumah sendiri, itu merupakan impian terbesar saya selepas memiliki kereta. Sekarang belum lagi tapi tengoklah tahun depan, insya-Allah

“Setakat ini dah dapat apa yang saya nak. Jadi, saya kerja dulu simpan apa yang patut, kalau ada rezeki untuk saya miliki rumah saya cubalah. Tak salah kita beranggan-angan, itu yang buat kita lebih bersemangat bekerja.

“Lagipun bukan untuk orang lain, untuk bekalan saya dan keluarga untuk masa depan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelakon drama Layang Layang Perkahwinan itu memberitahu, selain berlakon, dia juga mempunyai perniagaan kosmetik dan studio fotografi.

Menyifatkan diri sebagai wanita berdikari, pelakon kecil molek itu enggan mensia-siakan waktu muda tanpa mengumpul aset dan bekalan hari tua.

“Saya memang jenis wanita kuat bekerja. Saya kena kerja sebab jenis manusia tak boleh duduk diam, bukan sahaja berlakon tapi saya juga ada perniagaan studio fotografi yang saya uruskan.

“Waktu muda ini lah kita patut pulun habis-habisan untuk ada aset sebagai persediaan hari tua kelak. Kena ada impian untuk memiliki sesuatu. Bagi saya bila ada impian berharga, saya dapat motivasi untuk bekerja.

“Saya juga ada perancangan, mungkin saya akan ambil cuti panjang sikit bagi menguruskan perniagaan. Kemudian kembali berlakon. Memang banyak perancangan saya, moga-moga dipermudahkan,” ujarnya menutup bicara.

Sebelum ini, pelakon jelita itu berkongsi berita gembira membeli kereta Mercedes-Benz dengan hasil titik peluhnya menerusi media sosial.

Tidak berniat menunjuk-nunjuk, sebaliknya pencapaian itu diharap menyuntik semangat anak muda lain supaya gigih berusaha demi mengejar impian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI