fbpx

Jakim nafi terima sebarang dokumen berkaitan Maula Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maula dikatakan warga Maghribi didakwa berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad.

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan menerima sebarang dokumen daripada Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia.

Ia bagi menjawab dakwaan pertubuhan tersebut dalam satu sidang akhbar baru-baru ini berkenaan bukti yang telah diserahkan kepada Jakim berhubung nasab Mawla Mohamed Amin al-Hassani.

Justeru, Jakim dalam satu kenyataan hari ini menafikan menerima sebarang dokumen seperti yang didakwa pertubuhan tersebut.

“Mereka (Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia) memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada pihak Jakim.

“Pihak kami ingin memaklumkan, tiada sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan diterima oleh Jakim,” katanya ringkas.

Dalam satu sidang akhbar sebelum ini, pihak Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia mengakui telah menghantar dokumen dan bukti kepada pihak berkuasa termasuklah Jakim berkaitan nasab Maula Amin.

Terdahulu seorang lelaki warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai Maula Mohamed Amin al-Hassani mendakwa mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Maula pernah datang ke negara ini dua tahun lalu anjuran sebuah madrasah dan mendapat perhatian banyak pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Dr Mohd Na’im Mokhtar juga dilaporkan memberi amaran kepada masyarakat terutamanya umat Islam supaya tidak terlalu taksub kepada mana-mana individu, sebaliknya perlulah sentiasa berpegang kepada neraca ilmu dan fakta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI