fbpx

Narendra Modi pemimpin dunia paling popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Modi berucap semasa Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai pada 14 Februari lalu. - AFP

NEW DELHI – Perdana Menteri India, Narendra Modi kekal mendominasi senarai pemimpin dunia paling popular selepas menerima undian kelulusan paling tinggi sebanyak 78 peratus, lapor laman berita Wion News semalam.

Senarai itu disusun berdasarkan tinjauan dikenali sebagai ‘Pemerhati Penilaian Persetujuan Pemimpin Global’ yang dilakukan oleh agensi perisikan keputusan global, Morning Consult yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Kira-kira 17 peratus lagi responden menyatakan ketidaksetujuan terhadap kepimpinan Modi, manakala selebihnya mengelak daripada memberikan maklum balas.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berada di tempat kedua dengan undian  65 peratus, diikuti Presiden Argentina, Javier Milei di tempat ketiga susulan undian 63 peratus.

Presiden AS, Joe Biden bagaimanapun ketinggalan dengan margin yang besar. Beliau berada di tempat ke-11 dengan undian 37 peratus meluluskan kepimpinannya, manakala 55 peratus responden tidak bersetuju.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berada di kedudukan ke-17 dalam senarai sama, manakala Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak berada di tempat ke-20. 

Mengikut laman web agensi itu, penilaian kelulusan terkini adalah berdasarkan data yang dikumpulkan dari 30 Januari hingga 5 Februari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI