fbpx

KPM perkasa pentaksiran alternatif sekolah menengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pendekatan manusiawi Kementerian Pendidikan (KPM) terus memastikan murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) mendapat pendidikan berkualiti tinggi selain relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

KPM berkata, keadaan itu diterjemahkan menerusi sistem Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) yang merupakan satu bentuk pentaksiran khusus mentaksir kemampuan dan kebolehan MBPK.

Katanya, ia bagi membangunkan potensi berdasarkan konsep mengesan kebolehan dalam ketidakbolehan.

“PASM bertujuan mengiktiraf kebolehan dan keupayaan MBPK menerusi penganugerahan Sijil Alternatif Sekolah Menengah (SASM).

“MBPK di sekolah menengah yang tidak menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) boleh menduduki PASM dan memperoleh SASM.

“PASM terbuka kepada semua MBPK yang berada di institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM dan dilaksanakan secara berterusan ketika calon PASM berada pada peringkat menengah,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

KPM berkata, PASM dilaksanakan menggunakan Environment-based Assesment Instrument (EBAI) dan Dokumen Standard Pentaksiran Alternatif.

“PASM dilaksanakan secara sistematik dan berbantukan teknologi bermula daripada pendaftaran hingga ke pensijilan SASM.

“Melalui kaedah pentaksiran alternatif ini, ibu bapa atau penjaga MBPK dapat mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak,” jelasnya.

Katanya, KPM akan sentiasa berusaha memperkasakan pendidikan MBPK menerusi pengiktirafan, motivasi dan keyakinan bahawa mereka mempunyai potensi untuk cemerlang dalam sesuatu bidang.

“Murid MBPK yang tamat persekolahan diharapkan mempunyai sekurang-kurangnya kemahiran asas yang dapat membantu mereka menceburi bidang pekerjaan bersesuaian dengan tahap keupayaan.

“Usaha murni pelaksanaan PASM membuktikan komitmen berterusan KPM untuk memastikan ekuiti dan kesamarataan pendidikan untuk semua murid seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI