fbpx

Kapal angkasa ‘hidup semula’ di permukaan Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR disiarkan pada 25 Januari lalu menunjukkan SLIM mendarat di permukaan Bulan. – AFP/ JAXA/ TAKARA TOMY/ SONY GROUP CORPORATION/ DOSHISHA UNIVERSITY

TOKYO – Kapal angkasa Jepun mencipta kejutan apabila ‘hidup semula’ selepas mengharungi waktu malam sukar di Bulan selama dua minggu, kata Agensi Eksplorasi Aeroangkasa Jepun (JAXA) semalam.

Kapal angkasa dinamakan Pendarat Pintar untuk Penyiasatan Bulan tanpa pemandu (SLIM) itu mendarat di Bulan, Januari lalu pada sudut miring, menyebabkan panel solarnya menghadap arah yang salah.

Apabila sudut Matahari beralih, ia kembali berfungsi selama dua hari dan menjalankan pemerhatian saintifik di permukaan Bulan menggunakan kamera berspesifikasi tinggi, kata JAXA.

Ia ‘mati’ semula apabila kegelapan kembali dan memandangkan SLIM tidak direka untuk menghadapi waktu malam Bulan yang ekstrem, JAXA tidak pasti sama ada ia akan terjaga semula.

“Semalam kami menghantar arahan dan SLIM membalasnya.

“SLIM berjaya bertahan satu malam di permukaan Bulan (dua minggu di Bumi) sambil mengekalkan fungsi komunikasinya!” kata JAXA di laman X

Pencapaian itu adalah kemenangan untuk program angkasa Jepun selepas beberapa kegagalan baru-baru ini.

Jepun menjadi negara kelima melakukan ‘pendaratan lembut’ di Bulan selepas Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, China dan India.

Bagaimanapun, semasa melakukan pendaratan, SLIM mengalami masalah enjin dan mendarat dalam keadaan terbalik, menyebabkan panel solarnya menghadap ke barat dan bukannya ke atas.

Perkembangan terbaharu itu dilaporkan JAXA berjaya melancarkan roket H3 baharunya pada 17 Februari lalu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI