fbpx

DUN Perak: 6,583 saman dikeluarkan JPJ Perak sepanjang Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Nizar bercakap pada Persidangan DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Sebanyak 6,583 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak terhadap pengguna jalan raya di negeri ini sepanjang bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, daripada jumlah itu, pemandu kenderaan barangan dan lori merekodkan kesalahan tertinggi sebanyak 1,207 saman.

Katanya, tiga kaedah pelaksanaan dibuat Bahagian Penguatkuasaan JPJ Perak bagi tujuan pemantauan iaitu rondaan menggunakan kenderaan JPJ, rondaan kenderaan tanpa logo JPJ dan penyamaran.

“Penguatkuasaan berterusan dilakukan di seluruh jalan di negeri ini bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengguna jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 sekiranya didapati bersalah termasuk melakukan pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Noor Azman Ghazali (PN-Alor Pongsu) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI