fbpx

Tom tak kisah beranak hospital kerajaan, servis tip-top!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BELUM terlambat kalau hendak ucap tahniah pada Tom dan Fuad Rahman kerana dikurniakan cahaya mata perempuan baru-baru ini.

Memang comel dan putih melepak kulitnya! Nampak teruja dan bahagia betul pasangan itu selepas menimang bayi perempuan.

Satu hal yang perlu dipuji mengenai Tom ialah dia tidak malu memberitahu anaknya dilahirkan di hospital kerajaan. Bahkan, dia turut berasa beruntung kerana hanya perlu membayar kos yang murah selain mendapat layanan yang baik.

Jarang sungguh selebriti hendak beranak di hospital kerajaan tetapi Tom pula memang tak berhenti memuji.

Paling lucu, dia tidak kisah berkongsi foto dan video memaparkan wajahnya yang dalam keadaan kurang terurus sama ada sebelum dan selepas bersalin.

Bagus sikap rendah diri itu yang tidak ada rasa hendak menunjuk kemewahan beranak di pusat perubatan swasta.

Diva doakan, bayi mereka sihat dan membesar menjadi anak yang solehah ya.

DIVA: Suara Nabila Razali makin lama, makin sedap! Terpegun dengan persembahannya dalam program The Masked Singer Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI