fbpx

Tiada sebab SPPA tidak dikaji – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada majlis tersebut di Kuala Selangor. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA SELANGOR – Tiada sebab bagi kerajaan untuk tidak mengkaji Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan mencari jalan bagi pelaksanaan SSPA tersebut memandangkan telah lebih 10 tahun tidak dikaji dan peningkatan saraan penjawat awam.

“Sekiranya kita beri jalur dan peringatan yang baik, termasuk bonus semalam yang baik, semangat kerja pun meningkat.

“Jadi, sebab itu penjawat awam itu sangat penting untuk kita, tugas mereka. Kalau itulah prestasi mereka, Tan Sri Ketua Setiausaha Negara (KSM), tidak ada sebab kita tidak kaji sistem saraan tahun ini.

“Maka, insya-Allah, saya akan bentangkan kepada jemaah menteri, kita sangat prihatin. Dengan prestasi itu tidak ada sebab kita tidak segerakan pelaksanaan itu,” katanya ketika berucap merasmikan penutupan program Madani Rakyat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Kuala Selangor, hari ini.

Sebelum ini, hasil kajian SSPA dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini dalam memberi manfaat kepada penjawat awam seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI