fbpx

SPRM akan panggil Muhyiddin jika ada keperluan siasatan kes Spanco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZAM (dua dari kanan) ketika hadir Majlis Perasmian Pejabat SPRM Cawangan Mersing dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Jubli Intan, Mersing di sini hari ini.

MERSING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika ada keperluan berhubung siasatan salah laku pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan kepada Spanco Sdn Bhd (Spanco).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kenyataan beliau sebelum ini adalah memaklumkan beliau tidak menolak atau menafikan jika Muhyiddin dipanggil adalah bergantung kepada pegawai penyiasat SPRM.

“Saya sebenarnya hanya membuat kenyataan bila ditanya tentang adakah beliau (Muhyiddin) akan dipanggil, saya menyatakan saya tidak menafikan saya tidak menolak tapi saya bergantung kepada pegawai penyiasat saya.

“Jadi saya sebenarnya tidak lagi mengatakan tidak membuat sebarang andaian (mengaitkan Muhyiddin dalam isu Spanco) dan sebagainya, jadi itu satu perkara biasalah bila kita membuat kenyataan tentang kemungkinan kemungkinan yang akan berlaku.

“Sebab itu saya katakan kalau ada keperluan pegawai penyiasat saya serahkan kepada mereka untuk memanggil beliau sebab saya sudah menyatakan dua hari lepas yang mana beberapa saksi telah dipanggil termasuk bekas menteri kewangan dulu dan bila ditanya tentang beliau saya kata saya serah kepada pegawai penyiasatlah bila ada keperluan mereka akan panggil saya serah kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas hadir Majlis Perasmian Pejabat SPRM Cawangan Mersing dan Lafaz Ikrar Bebas Rasuah di Dewan Jubli Intan, Mersing di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dan Pegawai Daerah Mersing, Jamil Hasni Abdullah.

Terdahulu, Muhyiddin dalam hantaran di Facebook menafikan dakwaan beliau terbabit dalam salah laku berhubung pemberian kontrak pembekalan dan penyelenggaraan kenderaan kerajaan kepada Spanco.

Muhyiddin berkata, sehingga kini tohmahan jahat itu berlegar di media massa dan media sosial tanpa butiran lengkap bagaimana beliau terbabit dalam perkara terbabit dan salah laku berkenaan.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI